manakala, seputih hati mempertaruhkan 5 game untuk capai target high total game. seputih hati masih mejalankan latihan asas kerana sudah 3 bulan berehat kerana mengalami masalah kesihatan.
Sunday, June 13, 2010
Rekod Peribadi Di Wangsa Bowl 2
manakala, seputih hati mempertaruhkan 5 game untuk capai target high total game. seputih hati masih mejalankan latihan asas kerana sudah 3 bulan berehat kerana mengalami masalah kesihatan.
Monday, May 17, 2010
Sunday, May 16, 2010
MY TEAM
AHLI STRIKE UNLIMITED
AMIEN (Team Captains)
DR.MOHD.YAMIN
ZAIDATUL
NORLIYANA
JAMIMAH
antara team2 yang menyertai liga KBM ini adalah:
1) SILENT TEAM
2) STRIKE UNLIMITED (Team Kami)
3) ALL STAR
4) LOW PROFILE
5) EMAS 916
6) TRIPLE "S"
7) DE KILLER
8) STRIKE FORCE
PERENGGAN BERIKUTNYA...
Monday, May 10, 2010
Pusat2 Bowling Yang Pernah Kami Kunjungi
I-Bowl Bremmall, aku selalu turun sini.... belatih pun kat sini, dan lebih kurang 5 tournament dah aku sertai disini... lane not bad.. cuma bola kerap calar, tapi.. kata orang.. kalau tak nak calar, simpan dalam peti la bola tu...
Selain tu, Ampang Superbowl Ampang Point...
aku turun sini sebab aku di jemput Team BMWX5 untuk sertai team mereka sebagai backup, aku dan wife masa ni gugup jugak..sebab masa ni 1st time masuk Liga Ampang...., Liga ni berlangsung selama 32 minggu, banyak pengalaman dan ilmu yang aku dan wife pelajari sepanjang Liga Berkenaan... Aku, berterima kasih pada Abang Rusdi, Fauzi, E-tex, Dato' aziz dan Kak Wani, mereka semua adalah bowlers team kami yang banyak membantu dan mengajar kami.
Muar Perfactbowl, Muar Johor
temat ni best giler.. walaupun tempatnya tidak hebat pusat bowling di bandar... tapi penjagaan lane dia cukup baik.. pusat bowling ini milik kelab bowling Muar.. lokasinya berdekatan dengan pekan muar johor..
Proshop pun ada banyak pilihan bola.. tapi kebanyakan produk kat sini semua dari korea
MIBC, Melaka...
tempat ini paling best yang pernah aku dan wife kunjungi, parking yang selesa... lane yang banyak... mesin baru... lane baru.. serba-serbi baru.... aku happy bila tengok wife aku dapat perfom kat sana, wife aku pernah dapat tempat ke tiga dalam pertandingan Agensi Agama Zon Selatan,tempat ini aku angap tempat yang paling bersejarah sepanjang penglibatan aku dalam arena bOwling ini...
selain itu, ada lagi tempat2 yang kami kunjungi seperti... PIN JUNCTION (Damansara), U-BOWL (1Utama), Cosmit Bowl (Midvally), Mutiara Bowl (Komplaks Mutiara), Ampang Superbowl ( ampang/klang/summit/flaminggo/Time Square/IoI Mall), Mega Lane (Endah Parade) dan Wangsa Bowl (wangsa Walk).Terkini, aku dan wife sertai LIGA MAKSWIP bersama2 TEAM KBM.... ini adalah langkah permulaan penglibatan aku dan wife untuk sertai ahli kelab menempa nama di pertandingan2 akan datang...
sekian terima kasih... ini lah coretan aku untuk kali ini... lain kali aku akan kongsi Tip2 main bowling pula untuk rakan2 yang mengikuti blog ini..
PERENGGAN BERIKUTNYA...
Tuesday, April 20, 2010
Awal Penglibatan Aku dan Wife Dalam Arena Bowling

Game pertama Kami,
Azam Kami,
Tournament 9 Pin at Bremall
Pada Jun 2009, aku dan wife melibatkan diri dengan tournament 9 pin, tahap kemahiran masa tu tidaklah sebaik mana, tapi demi nak mendapatkan pengalaman..aku dan wife aku cuba juga...
Tournament 9 Pin at south city plaza
dan..........
begitu lah... bermulanya sejarah bowling dalam hidup kami (Avalanche dan Seputih Hati).
PERENGGAN BERIKUTNYA...
Monday, April 19, 2010
munculnya aku dalam dunia blog
Assalamualaikum....
Aku.. insan yang bernama MUHAMMAD NOORAMEN BIN ABD RAZAK, ingin memulakan ruang penulisan seperti blog ini, sebagai medan berkongsi maklumat dan cerita berkenaan dengan hobi aku.... mohon perkenan anda semua untuk melayari dan turut berkongi maklumat serta cerita yang menarik di ruangan komen aku..
salam perkenalan..
pembuka blog aku...
[ English Translation ]
Bismillahhirahman nirahim.......
Assalamualaikum....
I .. man named NOORAMEN BIN MUHAMMAD ABD Razak, would like to start writing space like this blog, as the field to share information and stories about the hobby,
I .... please you all the pleasure to visit and also a share of information and interesting stories in my comments section ....
"salam" introductory opening my blog ...